1 mei 2009..
11.40 am..


Exam datang lg..da sedia ke belum? da abis stdi lom? cam mane soalan? susah ke senang ek? leh x jwb nnt..tue soalan yg sering berlegar-legar kat kepala kte bila nk exam..so, kat bwh nie aku nk share ckit tips..mana tau leh boleh bantu korg bila nk exam nnt..


Ikuti panduan ringkas di bawah untuk membantu anda menghadapi peperiksaan dengan lebih bersedia:


1. Semak nota ringkas


Semak semula kad-kad nota, nota-nota ringkas atau peta-peta minda yang telah anda buat sebelum ini.


Menyemak semula nota-nota ringkas ini akan memberikan peluang kepada anda untuk mengesan kelemahan anda pada sesuatu topik.


Anda perlu ingat, ketika ini, bukannya masa untuk mempelajari perkara-perkara baru, sebaliknya mengulangkaji fakta-fakta penting.


Ambil tindakan segera untuk mencari maklumat tambahan mengenai apa yang anda masih tidak faham sama ada daripada guru anda sendiri ataupun berbincang dengan rakan-rakan yang lebih mengetahui.


Semasa mengulangkaji, dapatkan tip daripada guru anda mengenai topik-topik mana yang dirasakan penting untuk diberi penekanan.


Selalu lah bersemuka dan berbincang dengan guru anda kerana mana tahu, kadang kala melalui komunikasi bersemuka ini, anda akan menerima tip-tip istimewa daripada guru anda.


Tip mengingat


i. Petua mengingati fakta-fakta yang sukar ialah sama ada dengan membentuk akronim bagi pangkal huruf fakta ataupun mengaitkan dengan kejadian-kejadian yang mempunyai kaitan dalam hidup anda.


(Pelajar cemerlang PMR yang mendapat 16 A, Yap Swee Lin berkata, untuk memudahkan beliau mengingati fakta sejarah beliau membayangkannya dalam bentuk persembahan teater)


ii. Membentuk rajah dan diagram mudah terutamanya bagi mengingati fakta-fakta yang memerlukan urutan.


iii. Berlagak seperti guru. Anda boleh mencuba petua ini iaitu dengan cara menjelaskan sesuatu konsep secara verbal dan bukan bergantung kepada bahan atau buku-buku ulang kaji. Dengan berbuat begini, anda boleh membayangkan sesuatu konsep secara lebih jelas.


2. Banyakkan latihan


Lakukan lebih banyak latihan daripada bank-bank soalan. Anda boleh melayari Portal Pendidikan Utusan untuk melihat kembali bank-bank soalan bagi membiasakan diri anda dengan bentuk-bentuk soalan sesuatu topik.


Satu lagi yang boleh anda lakukan ialah dengan melihat kembali soalan-soalan kuiz yang pernah dikemukakan oleh guru-guru anda di dalam kelas. Anda perlu ingat, ada juga antara guru anda adalah penggubal soalan-soalan peperiksaan. Beliau kemungkinan memberikan soalan-soalan kuiz yang menyerupai soalan-soalan peperiksaan akhir.


3. Ulang kaji berkumpulan


Mengulangkaji secara berkumpulan memang baik antara langkah terbaik untuk seseorang menguasai dan memahami sesuatu subjek. Tetapi, anda perlu pastikan kumpulan belajar anda tidak terlalu ramai kerana jika terlalu ramai, anda akan hilang tumpuan. Ada kalanya anda lebih banyak berbual-bual kosong daripada belajar.


Gunakan rakan-rakan dalam kumpulan belajar ini untuk bertukar-tukar koleksi-koleksi kertas-kertas soalan.


4. Urus masa ulang kaji


Satu lagi perkara penting yang perlu diambil perhatian oleh semua pelajar ialah cara bagaimana kita menguruskan masa ulang kaji.


Bagaimanapun, yang penting anda perlu membuat ulang kaji setiap hari. Bila waktunya, bergantung kepada kesesuaian anda. Bagaimanapun, semasa ulang kaji ini, seboleh-bolehnya, elakkan daripada gangguan-gangguan sampingan seperti televisyen dan radio. Ia akan menganggu tumpuan anda.



...GUD LuCK utk yg nk amik exam tue k...^_^